Thursday, July 18, 2013

Doa Ikhtiar Supaya Mudah Melahirkan Anak


Doa dibaca untuk memudahkan kelahiran atau bilamana ada kesukaran ketika hendak melahirkan anak.

1. Surah al-Fatihah.

2. Ayat Kursi (آية الكرسي)

2. Surah al-‘Araf (سورة الأعراف) ayat 54:

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلا لَهُ الْخَلْقُ وَالأمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (٥٤)

Ertinya: Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam.

3. Tiga Qul iaitu Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas.

بسم الله الرحمن الرحيم
كهيعص، حَناَ وَلَدَتْ مَرْيَمَ، وَمَرْيَمُ وَلَدَتْ عِيْسَى، أُخْرُجْ أَيُّهاَ الْمَوْلُوْدُ بِقُدْرَةِ الْمَلِكِ الْمَعْبُوْدُ

Ertinya: Kaf Ha Ya Ain Sod, Hana melahirkan Maryam, Sedangkan Maryam melahirkan Isa, Keluarlah wahai bayi dalam kandungan dengan kuasa Pemilik Sekalian Hamba (Allah).

Kesemua doa diatas dibaca pada air (sebaik-baiknya air zam-zam) dan dihembus pada air untuk minum dan sapu pada perut.