KUALA LUMPUR:
Pemimpin PAS tidak bercanggah dalam isu penggunaan nama Allah kerana ia semacam
telah disepakati sejak isu ini berbangkit semula menjelang Krismas tahun 2012
iaitu pada 25 Disember 2012.
Mereka jelas
bersetuju, Islam tidak boleh menghalang penggunaan nama Allah oleh orang bukan
Islam tetapi mereka tidak bersetuju nama Allah digunakan dalam Bible Bahasa
Melayu sebagaimana dicadangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Namun begitu, ia
banyak dikelirukan oleh laporan yang kurang tepat selepas ia dibincang dengan
meluas dalam media.
Berikut adalah
sebahagian dari kronologi bagaimana isu ini dibincangkan dan berkembang.
1) 24 Disember:
Menjelang Krismas 2012, Lim Guan Eng dalam ucapannya mencadangkan agar Bible
terjemahan Bahasa Malaysia dibenarkan untuk menggunakan nama Allah.
Namun,
Setiausaha Politik beliau, Zairil Khir Johari menjelaskan, yang dimaksudkan
oleh Lim Guan Eng adalah untuk penggunaan Bible di Sabah dan Sarawak kerana ia
telah lama digunakan di sana.
2) Datuk Mustafa
Ali, Setiausaha Agung PAS dalam Sinar Harian tidak bersetuju nama Allah
digunakan dalam Bible Bahasa Melayu kerana ia akan kelirukan umat Islam.
3) Dr Rani
Othman, Pesuruhjaya PAS Selangor juga tidak bersetuju Bible Bahasa Melayu
gunakan nama Allah. Kenyataan ini disiarkan oleh Sinar Harian.
4) 26 Disember:
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS dalam kenyataan bertulisnya
menegaskan nama Allah tidak tepat digunakan dalam Bible Bahasa Melayu kerana
terjemahannya dari God sepatutnya Tuhan bukannya Allah. Bagaimanapun dia setuju
Allah boleh digunakan Kristian dalam amalan ibadat dan gereja mereka.
5) Presiden PAS,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan bertulisnya yang
diedarkan selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berkata, Islam tidak
menghalang nama Allah digunakan bukan Islam tetapi jangan salah guna.
6) 29 Disember:
Utusan melaporkan, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama penggunaan kalimah Allah
khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.
Namun dalam
Harakahdaily selepas itu, Harun Taib menjelaskan, ia ditujukan kepada
penggunaan dalam Bible Bahasa Malaysia.
7) 10 Januari:
FMT melaporkan Naib Ketua Dewan Ulamak, Datuk Mahfodz Mohamad dan Ketua Pemuda, Nasrudin Tantawi bersetuju dengan
kenyataan Presiden PAS.
8) Sinar Harian
melaporkan, Naib Ketua Dewan Ulamak, Datuk Mohamad Daud berkata beliau setuju
bukan Islam bebas guna nama Allah tetapi tidak setuju ganti God dengan Allah
dalam Bible.
9) 13 Januari:
Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah
namun kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia
kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Oleh kerana itu,
menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada
perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah
guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.
Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

kesimpulannya mmg tak dibenarkan di cetak atau disalin kalimah Allah di mana kitab pun selain dari kitab Islam sahaja Alhamdulillah akhirnya PAS akur dgn majoriti ulamaq2 tersohor.....
ReplyDeleteKerana itulah pentingnya musyawarah dalam mengeluarkan fatwa. Fatwa bila keluar seorang diri banyak pincangnya. Bila pakat berkumpul, bincang, musyawarah maka keputusan yang dicapai lebih tepat.
DeleteKita berada di zaman yang banyak fitnah dan zaman terangkatnya ilmu agama sedikit demi sedikit.
Cuba baca artikel Ust Zaharudin ada bandingan pandangan ulama yang setuju, tidak setuju, membolehkan, mengharamkan.
kalau dah salah dan silap jgn nak berdalih dok bagi alasan kata media dok wat ramai...itulah kelemahan org yg sombang dan angkuh dan tak mau mengaku salah....
ReplyDelete