Wednesday, June 27, 2012

Doa Hindar Syaitan


Dalam satu Atsar Imam Muhammad bin Wasi’ (محمد بن واسع) membaca doa berikut setiap pagi dan petang:

اللهم إِنَّكَ سَلِّطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّا بَصِيْرًا بِعُيُوْبِنَا، يَرَانَا هُوَ وَقَبِيْلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ نَرَاهُمْ،
اللهم فَآيِسْهُ مِنَّا كَمَا آيَسْتَهُ مِنْ رَحْمَتِكَ، وَقَنِّطْهُ مِنَّا كَمَا قَنَّطْتُهُ مِنْ عَفْوِكَ، وَبَاعِدْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ رَحْمَتِكَ وَجَنِّتِكَ، إنك على كل شيءٍ قدير.

Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau menaqdirkan kami menghadapi musuh yang sangat memahami kelemahan kami. Ia dan kumpulannya melihat kami sedangkan kami tidak melihat mereka. Ya Allah! Engkau jadikan mereka putus asa menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari rahmatMu. Haramkan ia bagi kami sebagaimana Engkau haramkannya dari keampunanMu. Jauhkan kami darinya sepertimana Engkau jauhkan mereka dari rahmatMu dan syurgaMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Beliau menyebut pada suatu hari sewaktu beliau hendak ke masjid, muncul Iblis di hadapannya. Iblis berkata: Wahai anak Wasi’! Engkau kenal aku?

Muhammad menjawab: Siapa engkau?
Jawab Iblis: Aku Iblis.

Muhamad bertanya: Apa yang kamu mahu?
Jawab Iblis: Aku mahu engkau jangan ajarkan sesiapa doa pendinding itu dan aku berjanji tidak akan mengganggumu.

Muhammad bin Wasi’ menjawab: Demi Allah! Aku tidak akan halang sesiapa pun hendak mempelajarinya. Buatlah apa yang engkau mahu.

Setengah riwayat menyebut Imam Muhammad Wasi’ bermimpi berjumpa Iblis dan terjadilah dialog seperti diatas.

Beliau seorang Tabi’in wafat tahun 123H. Ahli ibadah di Basrah dan antara ulama paling mulia dikalangan para ulama. WaLlahua’lam.

3 comments

Salam, ustaz. saya minta kebenaran vopy doa ini..

Doa ini boleh sesiapa saja amalkan.

Mohon kongsi ya Ustaz