Tuesday, June 21, 2011

Pak Engku - Pusat Rawatan Yashfien


Sejak akhir-akhir ini Pak Engku atau nama penuh beliau Engku Ansaruddin Agus bin Engku Mudo sering kelihatan dalam tv. Sebenarnya nama beliau memang tidak asing bagi penggiat seni beladiri khususnya silat. Pada tahun 90an aksi beliau bersilat sering terpampang di Majalah Pendekar. Beliau ialah guru Silat Sapik Kalo. Pada ketika itu aksi tangkas dan ringkas tapi berkesan untuk melawan melawan penjenayah kurang diperbesarkan, tidak seperti sekarang.


Silat Sapik Kalo antara yang memperkenalkan konsep ini. Tanpa perlu berbasa-basi, terus hentam titik maut. Sekarang konsep sebegitu sudah banyak dan Silat Lian antara yang terkehadapan dimedia massa. Tapi sayangnya sejak popular lain pula timbul cerita berkaitan Silat Lian. Yang sana mengaku yang dia asli, yang sini pun mengaku. Tapi kisah sebegitu timbul dibelah sana, disebelah Terengganu anak-anak Lian tak pula timbul cerita sebegitu. Mungkin ada tapi tidak diperbesarkan. Kita tinggalkan cerita itu kerana itu bukan pointnya.
Rupanya Pak Engku juga mahir dalam perubatan tradisional. Baru saya tahu. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau boleh melawat di yashfienherbs.com herbs-yashfien.blogspot.com atau facebook.com/engkuansaruddin untuk maklumat lebih lanjut. Bukan calang-calang orang beb.
Pak Engku juga dah mula mengarang dan buku pertama beliau bertajuk ‘Perangi Sihir’ telah diterbitkan PTS. Beliau menulis bersama muridnya Dr. Mohammad Azlee Bin Abdul Mutalib. Untuk maklumat lebih berkaitan buku beliau boleh rujuk dilaman web PTS. Semoga Pak Engku terus sukses menabur ilmu dan budi untuk negara.

18 comments

ayah saya, wira saya, guru saya dan sahabat saya

kenapa ALhamdulillah? maaf ini siapa ya?

Maksudnya syukur ada warisnya jenguk blog saya.

oh terima kasih, kebetulan saje je google Perangi Sihir tadi, sebab Isnin pukul 7.30 malam ni ada rancangan ayah saya

Owh begitu...kira minggu depanlah yer?

ya minggu depan, dah Sabtu ini di UIAM Gombak ada seminar motivasi spiritual. maklumat lanjut di www.facebook.com/engkuansaruddin
saya pun terharu ada yang tahu sejarah lama ayah saya mengenai persilatan, sebab sekarang orang ramai tahu ayah saya dalam bidang pengubatan

Dulu ayah saudara ada masuk dalam Majalah Pendekar, acap kali jugak, sesiapa yang pernah langgan majalah tersebut mesti ingat. Beliau ada tunjuk beberapa buah silat dalam majalah...macam gaya street fighter gitu.


Terima kasih atas maklumat.

memang pun, dah lama sebelum saya lahir dan semasa saya masih bayi, ayah saya masuk majalah Pendekar tapi majalah itu dah tak diterbitkan lagi, ditukar nama kepada Seni Beladiri

Ya betul2. Sebagai pengamal perubatan alternatif, buku-buku seperti ini memang diperlukan sebagai tambahan maklumat.

terima kasih atas pandangan saudara/i

Assalamualaikum Ariff.

Apa khabar? Saya sebenarnya pernah bertemu dengan Pak Engku dan sedikit sebanyak mempelajari Sapik Kalo, ketika itu lebih kurang tahun 1993. Ketika itu saya juga belajar dengan En. Abu Mansur Abu Manaf. Saya kini ingin bertermu dengan Pak Engku. Bolehkah Arif tolong berikan maklumat di mana beliau berada, no. telefon dan/atau alamat gelanggang Sapik Kalo terkini. Arif bolehlah email saya di skywolf76@gmail.com. Terima kasih.

P/s: Ketika belajar dulu, Ariff masih baby lagi .. Alhamdulillah dah besar panjang sekarang ye :-)

Assalamualaikum...
Saya juga anak murid Pak Engku (Sapik Kalo) masa tu beroperasi di Kg Baru, Syarikat Travel dan kami berlatih di atas bumbung....
Rindu sangat nak jumpa guru saya ni... sampaikan salam kepada Pak Engku....

Shafuan

Saya juga salah seorang yang terlibat dalam pengambaran Silat Sapik Kalo dgn Stephen

Asalamualaikum, masih saya ingat masa tu Pak Engku selalu tangkap Ariff sebelah kaki dan diterbalikkan bila nakal. Zaman tu sekitar 1992 ke 1993. Handal bapak Ariff ni. Zaman tu Abu Mansur dan Amiruddin ada sekali.
- Ariyo

Penipu! Ah sudahlah tak usah menyamar, konon nak dekat