Friday, May 13, 2011

Peristiwa Besar Dizaman Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah


1. Penggubalan Undang-undang Tanah tahun 1921.

2. Pembinaan bangunan Pejabat Besar Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1924.

3. Berlakunya banjir besar, disebutkan Bah Merah pada tahun 1926.

4. Berlakunya kebangkitan rakyat menentang pentadbiran British di Hulu Terengganu pada tahun 1928. Baginda telah berusaha mengatasi rasa tidak puas hati rakyat jelata di kawasan tersebut, misalnya, pada bulan Mei tahun itu baginda sendiri pergi ke Hulu Terengganu untuk berunding dengan para pemimpin dan penyokong gerakan tersebut.

5. Jalan raya antara Kuala Terengganu dengan Kuala Berang mula dibina pada tahun 1928.

6. Perasmian lombong bijih di Bukit Besi (1928).

7. Orang tempatan dihantar ke Kerian untuk mendapat pengalaman dalam pertanian padi cara moden.

8. Sekolah Zainal Abidin dibuka di Kampung Ladang pada 30 Ogos 1934.

9. Jalan raya antara Kuala Terengganu dengan Kelantan dibuka pada tahun 1932.

10. Sekolah perempuan pertama di Terengganu iaitu Sekolah Tengku Ampuan Mariam dibuka pada 4 Mac 1937. Sekolah itu terletak di Padang Paya Bunga, berhampiran Pejabat Besar Kerajaan Terengganu.

11. Sultan Sulaiman berangkat ke London untuk menghadiri upacara pemahkotaan King-Emperor George VI dan Queen-Empress Elizabeth di Westminster Abbey pada tahun 1937.

Sumber: Mohamed Anwar Omar Din. 2009. Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008.