Tuesday, April 5, 2011

Doa Ahli Sihir Zaman Nabi Musa

Tongkat Nabi Musa


Nabi Musa a.s setelah memperolehi kemenangan melawan sihir daripada pendeta Firaun. Iaitu ketika mana ular-ular jelmaan mereka ingin mencederakan Nabi Musa a.s lalu Allah memerintahkan Nabi Musa a.s mencampakkan tongkatnya. Kemudian tongkatnya bertukar menjadi ular besar dan memakan seluruh ular-ular tadi.

Setelah itu ahli sihir tadi semua bersujud tanda beriman kepada Tuhan Musa a.s dan Harun a.s. Akibat tindakan mereka, Firaun amat marah lalu mengugut hendak menghukum mereka. Ahli sihir tadi yang telah beriman menjawab, “Kami tidak gentar, sesungguhnya kepada Allah lah kami kembali.” Lalu mereka berdoa agar diperteguhkan iman mereka seperti doa dibawah:

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ (١٢٦) سورة الأعراف

Ertinya: Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu).