Saturday, August 15, 2009

Doa Demam Panas

بسم اللهِ الكَبِيْرِ، أعُوذُ بالله العظيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعاَّرٍ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ الناَّرِ.

Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.

Doa ini elok dibaca ketika menziarahi orang sakit demam panas atau berkaitan kepanasan seperti darah tinggi, sakit dalam perut, koma dan sebagainya. Begitu juga doa dibawah.

اللهم ارْحَمْ جِلْدَهُ الرَّقِيْقَ، وَعَظْمَهُ الدَّقِيْقَ، وَعِرْقَهُ الصَّغِيْرَ مِنْ شِدَّةِ الْحَرِيْقِ، يا أُمَّ مِلْدَمٍ، إنْ كُنْتِ آمَنْتِ بِاللهِ الْعَظِيمِ، فَلاَ تُصَدِّعِي الرَّأْسَ، وَلَا تُنْتِنِيْ الْفَمَ، وَلَا تَشْرَبِي الدَّمَ، وَتَحَوَّلِي عَنْهُ إِلَى مَنِ اتَّخَذَ مَعَ اللهِ إِلَهاً آخَرَ.

Ertinya: Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.

UNTUK LELAKI
جِلْدَهُ/ وَعَظْمَهُ/ وَعِرْقَهُ/ عَنْهُ
UNTUK PEREMPUAN
جِلْدَهَا/ وَعَظْمَهَا/ وَعِرْقَهَا/ عَنْهَا
UNTUK DIRI SENDIRI
جِلْدِيْ/ وَعَظْمِيْ/ وَعِرْقِي/ عَنِّي
UNTUK RAMAI
جِلْدَنَا/ وَعَظْمَنَا/ وَعِرْقَنَا/ عَنَّا

Dua doa ini seeloknya dibaca sendiri kaum keluarga yang menjaga orang sakit. Tidak perlulah upah orang lain baca doa sependek ini. Kalau di hospital pesakit masih memakai wayar air, bacalah pada air mineral, ketika jururawat nak suntik ubat mintalah suntik sekali barang setitik air mineral yang telah didoakan tadi. Itu pun kalau pesakit tidak dapat minum dengan mulut.

Bagi pelawat cukuplah dibaca sahaja tanpa hembus ke air, atau boleh membaca sambil memegang tangannya, dadanya, kepalanya.

Doa ini boleh juga dikhtiarkan untuk H1N1 sebagai wasilah meredakan kesakitan dalam badan. Insya’ Allah maqbul. Jangan lupa bacalah dulu amalan pembuka dan doa penutup dengan penuh khusyuk.
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­__________________________
Versi lain:

اللهم ارْحَمْ جِلْدَهُ الرَّقِيْقَ، وَعَظْمَهُ الدَّقِيْقَ، وأعوذ بك مِنْ سَوْأَةِ الْحَرِيْقِ، يا أُمَّ مِلْدَمٍ، إنْ كُنْتِ آمَنْتِ بِاللهِ واليومِ الآخَرِ، فلا تَأْكُلِي اللَّحْمَ، ولا تَشْرَبِي الدَّمَ، ولا تَفُوْرِي مِنَ الْفَمِ، ولا تَنْهَكِي الْعَظْمَ، ولا تَصَدَّعِي الرَّأْسَ، وَانْطَلَقِي عَنْ [nama pesakit] إلى مَنْ يَزْعُمَ أَنَّ مَعَ الله إِلَهاً آخَرَ، فإني أَشْهَدُ أنْ لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شريك له، وأنّ محمدا عبده ورسوله، لا إله إلا اللهُ تَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُوْنَ عُلُوًّا كَبِيْرًا

Lagi doa mujarab demam panas yang dikenali Doa Nur. Untuk nota doa ini amat terkenal di Tanah Arab lebih-lebih lagi dikalangan penganut fahaman Syiah:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، بِسْمِ اللهِ النُّورِ، بِسْمِ اللهِ نُورِ النُّورِ، بِسْمِ اللهِ نُورٌ عَلَى نُوْرٍ، بِسْمِ اللهِ هُوَ مُدَبِّرُ الْأُمُورِ، بسم اللهِ الَّذِي خَلَقَ النُّورِ مِنَ النُّورِ، وأَنْزَلَ النُّورِ عَلَى الطُّورِ، فِي كِتَابٍ مَسْطُوْرٍ، فِي رَقٍّ مَنْشُوْرٍ، بِقَدَرٍ مَقْدُورٍ عَلَى نَبِيٍّ مَحْبُورٍ، وَالْحَمْدُ للهِ الَّذِي هُوَ بِالْعِزِّ مَذْكُورُ، وَبِالْفَخْرِ مَشْهُورٍ، وَعَلَى السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ مَشْكُوْرٌ، وصلى الله على محمد وعلى آله صحبه وسلم.
Sumber:
1. Dr. Muammad ‘Alwī al-Mālikī al-Hasanī. Abwāb al-Farj. Dār Jawāmi’ al-Kalim, Kaherah: 2000.
2. Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin. Doa & Rawatan Penyakit (1). Percetakan Watan, Kuala Lumpur: 1997.