Tuesday, June 24, 2008

Selawat Nurul Anwar


اللهم صل على نورِ الأنْوَارِ، وسِرِّ الأسْرارِ، وتِرْياقِ الأغْيارِ، ومِفْتاحِ بَابِ اليَسَارِ، سيدنا محمد المُخْتارِ وآله الأطهار، وأصحابه الأخيار عدد نِعَمِ الله وإفْضَالِهِ
Maksudnya: Ya Allah limpahkanlah rahmat kepad cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, penawar duka dan kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang terpilih, keluarganya yang suci dan para sahabatnya yang mulia sebanyak hitungan nikmat Allah dan kurniaNya.

Versi lain:

اللهم صل على الْمَصْبُوْغِ بالأنْوَارِ، صاحِبِ الأسْرارِ، وتِرْياقِ الأغْيارِ، ومِفْتاحِ بَابِ اليَسَارِ، سيدنا محمد المُخْتارِ وآله الأطهار، وأصحابه الأخيار عدد نِعَمِ الله وإفْضَالِهِ

Selawat ini digubah oleh Wali Qutub Sayyid Ahmad Idris Al-Badawi qaddasallah sirruhu. Dikenali juga dengan nama “Selawat Nuraniyyah”.

Fadhilatnya :
1. Jika membaca setiap solat fardhu, insya Allah terhindar ia dari mara bahaya.
2. Beramal membacanya 40X atau 100X setiap hari, insya Allah memperolehi rezeki zahir dan batin, makbul segala hajat dan memperolehi cahaya Ilahi.
3. Amalkan membaca 21X setiap kali ke tempat kerja untuk memperolehi kedudukan dalam jabatan kerja.
4. Amalkan 7X setiap kali ingin tidur, insya Allah terhindar dari sihir.
5. Berkata Sayyid Ahmad Ruslan: Selawat ini mujarab sekali untuk memenuhi hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana dan mendapatkan cahaya. Bahkan khasiatnya multi fungsi. Wallahu a’lam.

Sumber :
1. K.H. Habib Syarief Muhammad Alaydarus. 135 Shalawat Nabi Keutamaan Tatacara & Khasiatnya. Bandung, Indonesia: Pustaka Hidayah, 2007.
2. Saad Qadhi. Al-Arief Billah Sayyidi Ahmad Al-Badawi. Kaherah, Mesir: Dar Qharib, 2001.
3. Drs. Hanafi Mohamed. 99 Selawat Nabi s.a.w. Fadhilat & Khasiatnya. Kuala Lumpur, Malaysia: Darul Nu’man, 1994.
4. Dadang Sobar Ali & Drs. Maman Abd. Djaliel. 100 Shalawat Nabi Paling Berkhasiat. Bandung, Indonesia: CV Pustaka Setia, 2007.