Saturday, September 29, 2007

Takwil Mimpi Surah-Surah Al-Quran (1)




Hisyam bin Qatadah (هشام بن قتادة) mengkhabarkan cerita yang didengarnya dari Hasan bahawa ada orang yang mati kemudian dilihat oleh saudaranya dalam mimpi. Saudaranya itu bertanya: “Wahai saudaraku, amal apa yang paling afdhal yang kamu jumpai?” Saudaranya yang sudah mati itu menjawab: “Amalan membaca Al-Quran”. Dia tanya lagi: “Ayat apa?” Saudaranya itu menjawab: “Ayat Kursi”. Dia tanya lagi: “Apakah itu dapat membantu manusia?” Saudaranya yang sudah mati itu menjawab: “Ya, kamu akan mengetahuinya. Kami mengetahuinya tetapi kami tidak dapat beramal lagi.

Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu. Maksudnya bermimpi membaca surah ini takwilnya begini, membaca surah ini takwilnya begini dan seterusnya. Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib.

Bil
Nama Surah
Takwil Mimpi
1
الفاتحة
Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan
2
البقرة
Panjang umur dan baik agamanya
3
آل عمران
Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil
4
النساء
Menjadi pembahagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang
5
المائدة
Tinggi darjatnya, kuat keyakinannya dan baik kewarakannya
6
الأنعام
Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah
7
الأعراف
Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak Bukit Tursina
8
الأنفال
Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah
9
التوبة
Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat
10
يونس
Bagus ibadatnya dan aman daripada tipu daya serta ilmu sihir
11
هود
Berhasil tanam tanamannya dan berkembang binatang ternaknya
12
يوسف
Pada mulanya dia dianianya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan
13
الرعد
Menghafaz banyak doa dan cepat beruban
14
إبراهيم
Bagus agama dan urusannya di sisi Allah
15
الحجر
Terpuji di sisi Allah dan di sisi manusia
16
النحل
Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh
17
الإسراء
Mulia di sisi Allah dan menang melawan musuh-musuhnya
18
الكهف
Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati
19
مريم
Menghidupkan sunnah para nabi, dituduh dan dihinakan tetapi akhirnya terbukti kesuciannya
20
طه
Kebal dari khianat tukang-tukang sihir
21
الأنبياء
Mendapat kemudahan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk
22
الحج
Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya Allah
23
المؤمنون
Kuat imannya dan mati dalam iman
24
النور
Allah menerangi hatinya dan kuburnya
25
الفرقان
Menjadi pemisah antara yang hak dan batil
26
الشعراء
Allah melindunginya dari kejahatan
27
النمل
Diberikan kerajaan atau kekuasaan
28
القصص
Diberikan perbendaharaan yang halal
29
العنكبوت
Dia dalam penjagaan Allah sehingga matinya


Sumber:
Imam Ibnu Sirin. Takwil Mimpi Menurut Islam. Darul Nu’man.