Friday, June 8, 2007

Mengenal Tarekat Ala Habib Lutfy bin Yahya



Buku ini sebenarnya adalah himpunan konsultasi spiritual bersama Habib Lutfi bin Yahya dari Majalah al-Kisah. Beliau sekarang menetap Pekalongan, Indonesia. Memimpin tarekat Syadziliyah dan menjadi Ketua Umum atau  رئيس العام  Jam'iyyah Ahli Ath-Thariqah al-Mu'tabarah An-Nahdhiyyah جمعية أهل الطريقة المعتبرة النهضية (JATMAN). Sebuah organisasi yang mengumpul berbagai aliran tarikat rasmi (berlatar belakangkan NU) di Indonesia selain menjawat Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jateng. Juga beliau dianggap antara kiai-kiai khos dikalangan masyarakat awam bahkan menjadi rujukan para kiai lainnya dan tempat curhat pelbagai lapisan masyarakat.

Nama penuh beliau ialah Muhammad Luthfi bin Ali bin Hasyim bin Yahya. Masih dlm keturunan Rasulullah SAW. Dalam buku dibahagi kepada 3 tajuk utama iaitu:

Bab 1: Hal-hal Seputar Tarekat

Bab 2: Alam Ghaib

Bab 3: Kasykul (yakni soalan dalam pelbagai tajuk).

Penerbit: Hayat Publishing, Bekasi Timur.
Harga: RM 25.50
Penyusun: Fahmy Jindan