Wednesday, June 6, 2007

Doa Sakit Gigi



رقية نبوية لعلاج وجع الضرس

1. Hadith al-Baihaqī, dari ‘AbduLlah bin Rawāhah mengadu kepada Nabi SAW bahawa giginya sakit, kemudian Rasullullah pun meletakkan tangannya yang mulia ke pipi Abdullah dan berdoa seperti dibawah ini sebanyak 7X:


اللهم أذْهِبْ عَنْهُ سُوْءَ ما يَجِدُ وفَحْشَهُ بِدَعْوَةِ نَبِيِّكَ الْمَكِيْنِ الْمُباَرَكَ عِنْدَكَ

Ertinya: Ya Allah hilangkanlah darinya keburukan dan kekotoran apa yang dia rasakan dengan permintaan NabiMu yang mempunyai pengaruh dan diberkati disisiMu.

Maka Allah menyembuhkan sakit giginya sebelum beliau berganjak pergi dari Rasulullah SAW.

Atau ditukar untuk diri sendiri:

اللهم أذْهِبْ عَنِّي سُوْءَ ما أَجِدُ وفَحْشِي بِدَعْوَةِ نَبِيِّكَ الْمَكِيْنِ الْمُباَرَكَ عِنْدَكَ

2. Dalam riwayat yang lain Humaidi berkata suatu ketika Fatimah binti Muhammad SAW mengeluh sakit gigi, lalu Rasulullah SAW memasukkkan dan menempelkan tangan kanannya pada gigi yang sakit dan berdoa:

بِسْمِ اللهِ، وَبِالله، أَسْأَلُكَ بِعِـزَّتِكَ وَجَلَالِكَ وَقُدْرَتِكَ عَلى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِنْ مَرْيَمَ لَمْ تَلِدْ غَيْرَ عِيْسَى مِنْ رُوْحِكَ وَكَلِمَتِكَ أَنْ تَـكْشِفَ مَا تَلْقَى فَاطِمَةَ بِنْتَ خَدِيْجَةَ مِنَ الضُّرِّ كُلِّهِ

Ertinya: Dengan nama Allah,demi Allah ku bermohon dengan kemuliaanMu dan kebesaranMu dan kekuasaanMu atas segala sesuatu, sesungguhnya Maryam tidak melahirkan selain Isa yang berasal dari ruhMu dan kalimatMu (firmanMu), aku memohon agar Engkau melenyapkan rasa sakit yang dirasai Fatimah binti Khadijah semuanya.

Kemudian lenyaplah sakit gigi Fatimah.

Untuk kita ditukar:

بِسْمِ اللهِ، وَبِالله، أَسْأَلُكَ بِعِـزَّتِكَ وَجَلَالِكَ وَقُدْرَتِكَ عَلى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِنْ مَرْيَمَ لَمْ تَلِدْ غَيْرَ عِيْسَى مِنْ رُوْحِكَ وَكَلِمَتِكَ أَنْ تَـكْشِفَ .... مِنَ الضُّرِّ كُلِّهِ

Pada titik-titik itu kita sebutkan nama pesakit atau nama kita sendiri jikalau kita yang sakit.

Sebagai langkah berjaga-jaga sebaiknya kita selalu bersugi atau menggosok gigi kerana ianya adalah Sunnah. Sabda Nabi SAW:

السِّوَاكُ مُطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِ

Ertinya: Bersiwak itu membersihkan mulut dan mendapat keredhaan Allah SWT.

3. Selain itu boleh diamalkan doa penghilang kesakitan:

بِسْمِ اللهِ [3X]، أَعُوْذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ [7X]

Ertinya: Dengan nama Allah (3X), Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti (7X).

4. Kalau sampai bengkak gusi boleh diamalkan doa ini:

اَللَّهُمَّ يَا مُصَغِّرَ الْكَبِيْرِ، وَيَا مُكَبِّرَ الصَّغِيْرِ، صَغِّرْ مَا ... يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ertinya: Ya Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit) Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Pada titik-titik disebut nama pesakit.

Kemudian ada setengah perubatan sakit gigi yang agak unik, iaitu menukul paku ke tiang kayu. Sebaik terbenam paku tersebut maka hilanglah sakit gigi tersebut. Itulah keistimewaan perubatan ilmu orang dulu-dulu. Tapi orang sekarang sedap mulut jer kata pakai jin.

Sumber:

Sayyid Muhammad ‘Alwī al-Mālikī al-Hasanī. Abwābul faraj. Dār Jawāmi’ al-Kalim, Cairo: 2000.