Saturday, June 9, 2007

Belajar Ilmu Khodam



“Setiap ayat Quran ada khodam...tak takde masalah main khodam”, “Ini khodam sedulur papat”...Begitulah antara cakap-cakap orang yang belajar ilmu khodam. Disini saya tidak bermaksud membicaranya dengan hujah-hujah dari Quran tapi mau membicaranya secara sederhana saja.

Ya memang benar, hampir kesemua para guru kebatinan menyatakan setiap wirid, ayat Quran yang kita amalkan untuk kebatinan ada khodamnya. Khodam ertinya penolong dan dimaksudkan disini penolong secara ghoib. Dalam versi ilmu hikmah memang ada ilmu melibatkan khodam dari kalangan jin dan malaikat akan tetapi dari kalangan jin beragama Islam dan soleh. Itu hanya teorinya saja....hakikatnya belum tentu khodam yang datang itu benar-benar seperti dalam teori. Kebarangkalian untuk ditipu adalah besar...yang datang hanya jin-jin munafik dengan tujuan memusnahkan manusia. Kerana itu perlu belajar dengan guru yang betul-betul arif.

Begitu juga khodam-khodam dari versi ilmu kejawen. Kebanyakkannya menggunakan jin-jin bertahap rendah yang harimau, buaya, ular, kera, burung dan sebagainya lagi.

Kita yang belajar tidak mengetahuinya kerana teori bahawa ini ilmu ampuh, amalan para sesepuh, yang benarnya mengundang jin-jin berupa binatang mari menempel ke tubuh kita. Bila sudah sebati...dan kita mati, itu akan mengundang masalah kepada kaum kerabat kerana jin akan mencari warisnya disebut dengan istilah “saka”.

Lebih baiknya dalam mengamalkan suatu ilmu kebatinan tidak melibatkan khodam khusus seperti amalan para ulama arifin yang kuasanya hanya terletak pada Allah bukan khodam-khodam yang memainkan peranan dalam meampuhkan suatu amalan. Kita beramal tapi kelebihannya hanya Allah yang berikan. Bukan beramal nanti dapat khodam untuk diarahkan berbuat sesuatu. Sebetulnya kita tak berkuasa mengarah khodam...teorinya sebelumnya anda terpaksa wiridkan dengan jumlah tertentu barulah khodam itu bekerja, makna kata anda beri makanan kepada khodam tersebut dan anda seperti orang gaji dan khodam itu bos. Seperti khodam kerezkian...sebelum buka kedai makan kene baca amalan dia...pastu khodam itu akan bekerja...melambai-lambai, membisikkan kata-kata indah pada naluri orang ramai yang lalu depan kedai anda.

Khodam khusus ini adalah....contohnya selepas mengamal ilmu pendinding versi kejawen lalu dapat khodam pendinding, khodam ini yang akan berdamping dengan kita sentiasa. Juga disebut khodam ilmu oleh setengah pengamal.

Tidak mendatangkan masalah kepada pengamal? Itu hanyalah iklan memancing, cubalah kalau berani anda belajar ilmu khodam kemudian hentikan amalan wiridannya, nanti dah bertahun khodam pendamping anda akan mula membuat kacau, urusan bisnis jadi kacau, anak-anak selalu sakit-sakit, ular selalu masuk rumah, pendek kata akan ada gangguan. Cuma kita anggap ini mesti ada jin kacau...lalu kita pun amal balik wirid berkhodam tadi. Untung-untung gangguan sudah tiada...ya benar tiada kerana khodam dah baik kerana dapat makanan dari wirid yang kita baca.

Kalau katanya tiada gangguan pun tinggal amalan, khodam tak mari kacau pun...pada pandangan saya anda tidak diberi khodam satu pun, makna kata anda ditipu oleh guru anda atau guru anda pun ditipu oleh jin. Guru anda mengirim khodam...khodam itu pergi sekejap lalu menghilang, makna kata jin itu sudah permainkan anda dan guru anda. Atau pun guru anda sudah menarik balik khodam dari anda. Jarang benar guru ilmu khodam yang betul-betul menguasai ilmu khodam.

Dalam ilmu hizib pun ada 2 jalan, satu jalan yang benar, anda terima ijazah lalu amalkan wiridnya dengan caranya yang tertentu, yang mana segala khasiat hanya dengan kelebihan ayat-ayat Quran dari hizib tersebut dengan izin Allah jua. Jalan kedua anda terima ijazah langsung guru itu cakap diberi khodam Hizib Nasr, khodam Hizib Bahr yang mana kelebihan itu sudah bersandar pada khodam dan bukan pada kelebihan ayat Quran (sudah sediakala ada).

Dalam perubatan atau perkelahian menggunakan ilmu khodam, ianya tergantung kekuatan wiridan anda. Kuat anda berwirid kuatlah khodam anda dan akan menanglah anda bila berlawan dengan khodam bomoh lain.

Begitu juga khodam sedulur papat....selagi namanya jin lama-lama ia akan menipu kita juga. Contohnya dalam ilmu terawangan, mula-mula betul lama-lama dah serong ke lain. Itu yang kita pernah dengar ada orang dapat naik langit ke 10, ke berapa langit, dapat senjata itu ini, sebenarnya mereka duk berligar-ligar di alam jin.

Semua cerita ini sebahagian besarnya adalah pengalaman diri saya sendiri. Jadi kalau mau belajar, cari guru-guru tidak menggunakan khodam, guru hikmah yang benar-benar arif, atau tak payah belajar terus.

3 comments

Assalamualaikum
Menarik pandangan nie.

وعليكم السلام ورحمة الله trima kasih krn memberikan komen.

Penjelasan yang dapat menjernihkan pemahaman.