Saturday, May 19, 2007

Kepahaman Yang Wajib Di Perbetulkan


مفاهيم يجب أن تصحّح
Dr. Sayyid Muhammad bin Sayyid Alwi al-Maliki al-Hasani al-Makki

Suatu buku yang amat bermanfaat sekali untuk dimiliki sekaligus untuk di jadikan pegangan umat Islam. Nama al-marhum penulis sudah masyhur seantero dunia Islam. Diterjemah oleh Tarmana Abdul Qasim, diterbitkan oleh PT Remaja Rosdakarya, Bandung,Indonesia.

Di dalam buku terjemahan ini ada dilampirkan surat-surat akuan dan pujian dari para ulama besar dunia Islam antaranya:

   1. Syeikh Hasanin Makhluf, mantan Mufti Mesir.
   2. Sayyid Abdullah Kanun Al-Hasani, muhaddith Maghribi.
   3. Syeikh Muhammad Thayyib Najjar, mantan Rektor Al-Azhar.
   4. Prof Dr Rauf Syalabi, ulama Al-Azhar.
   5. Dr Abdul Fattah Barakah, ulama Al-Azhar.
   6. Dr Ahmad Umar Hasyim, Rektor Al-Azhar.
   7. Syeikh Sayyid Ahmad Al-Audh, mantan mufti Sudan.
   8. Syeikh Muhammad Aziz Rahman Haqqoni Hazarawi, ulama hadis dari Pakistan.
   9. Maulana Muhammad Malik Kandahlawi, ulama hadis Lahore, Pakistan.
  10. Sayyid Muhammad Abdul Qadir Azad, Ketua Majlis Ulama Pakistan.

Boleh dikatakan hampir kesemua ulama-ulama terkemuka memberi pujian dan penghargaan kepada buku ini. Untuk saudara-saudaraku yang masih menganggap tulisan Sayyid Muhammad Alwi ini masih tidak ada nilai ilmiah cubalah renungkan kata-kata pujian dari para ulama yang ada dilampirkan dalam buku terjemahannya. Dan untuk saudara-saudaraku yang menggelar Sayyid Muhammad "sonam Makkah" (berhala Mekah) atau menganggap beliau "ghulu fi asy'ariyyah" (pelampau mazhab Asy'ariyyah - sifat 20) maka bandingkan pandangan beliau yang sarat dengan dalil-dalil dari ulama salaf dan juga fatwa-fatwa Ibnu Taimiyyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab.

Tajuk-tajuk yang dibicarakan dalam buku ini ialah:

    * Ukuran untuk menilai keimanan, kekufuran dan kesesatan orang lain.
    * Tasawuf: Pakaian kepalsuan?
    * Seputar bidaah.
    * Tentang mazhab Asy'ariyyah.
    * Tentang tawasul.
    * Tentang syafaat.
    * Tentang tabarruk.
    * Keistimewaan nabi Muhammad.
    * Kehidupan para nabi di alam barzakh.
    * Ziarah kubur dalam pandangan ulama.
    * Seputar peringatan hari besar Islam.

Buku terjemahannya boleh didapati di Fajar Ilmu Baru Enterprise,Wisma Yakin, KL.