Tuesday, December 12, 2006

Doa Nabi Sulaiman


دعاء نبي الله سليمان


Barangsiapa beramal dengan doa ini selepas solat maghrib sebanyak 7X insya’ Allah lepas ia daripada bahaya dunia dan akhirat, mendapat rezeki yang murah dan berkat selama-lamanya, jikalau berhutang terlepas, dapat binakan jin dan syaitan, aman dari segala jenis binatang yang buas, berkat dalam perjalanan jauh.

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آل محمد، اللهم إن خلت في سورة سليمان ومنك سليمان من المشرق والمغرب لذاته وصفات وسلام
يارب يارب يا رب جبريل وميكائيل وإسرافيل وعزرائيل وملك سليمان من المشرق والمغرب جنا وإنسا وريحا وغماما وسلما تسليما كثيرا كثيرا
سبحانه وتعالى جلاله وكماله عليما
يا ابليس وشيطان وسكرا في الظلمات إلى النور
ربنا ربنا ربنا تقبل سليمان وصلى الله عليه وسلم

Dalam versi lain:

اَللَّهُمَّ أَدْخِلْناَ فِي سُوْرِ سُلَيْماَنَ، وَمَلَكَ سُلَيْماَنُ مِنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، بِذاَتِهِ وَصِفاَتِهِ وَأَفْعاَلِهِ وَقُوَّتِهِ، وَسَلاَمٌ ياَرَبَّ جِبْرِيْلَ وَمِيْكَائِيْلَ وَإِسْراَفِيْلَ وَعِزْرَائِيْلَ، وَمَلَكَ سُلَيْماَنُ مِنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، جِناًّ وَإِنْساَناً وَرِيْحاً وَغَماَماً، تَسْلِيْماً كَثِيْراً كَثِيْراً، وَسُبْحاَنَهُ وَتَعاَلَى جَلَّ جَلاَلُهُ وَكَماَلُهُ
اِعْلَمْ ياَ إِبْلِيْسُ، ياَ إِبْلِيْسُ، ياَ إِبْلِيْسُ، وَالشَّياَطِيْنُ ساَكِنِيْنَ فِي الظُّلُماَتِ
رَبَّناَ تَقَبَّلْ مِناَّ دُعاَءَ سُلَيْماَنَ، وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سُلَيْماَنَ وَعَلىَ ساَئِرِ اْلأَنْبِياَءِ بِرَحْمَتِكَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


Ertinya: Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail.  Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu Ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.