Tuesday, November 28, 2006

Selawat Tibb



صلوات الطب

اللهم صل على سيدنا محمدٍ طِبِّ القلوبِ ودوائِها، وعافيةِ الأبْدانِ وشِفائِها، ونورِ الأبصارِ وضِيائِها، وعلى آله وصحبه وسلِّم

Maksudnya: Ya Allah rahmatilah penghulu kami Muhammad, penyembuh dan ubat bagi hati-hati (dengan membaca selawat), kesihatan dan kesejahteraannya, cahaya bagi penglihatan dan sinarannya, dan ke atas keluarga dan para sahabatnya berilah kesejahteraan.

Fadhilatnya:

  1. Selawat ini elok diamalkan untuk menenangkan hati yang resah, menghilangkan darah gemuruh, untuk kesihatan badan.

  1. Membaca sentiasa selawat ini 3X selepas solat fadhu insya Allah akan dapat menghilangkan kebuntuan fikiran dan susah hati.

  1. Jika dibaca 7X selawat ini pada air dan diminum insya Allah dapat menyembuhkan sakit perut dan lain-lain.

Aturan cara guna:

1.       Membaca Basmalah dan istighfar.
2.       Membaca 2 kalimah Syahadah.
3.       Membaca Al-Fatihah 1X tiup ke air.
4.       Membaca Selawat Tibb 3X atau 7X atau 9X atau 11X tiup ke air.
5.       Membaca doa untuk kesembuhan penyakit atau untuk penerang hati.
6.       Ditutup dengan Al-Fatihah 1X.

Kaifiat khusus:
Puasa 7 hari mulai hari Jumaat dengan membacanya 7X selepas solat fardhu.

Satu lagi versi:

اللهم صل على سيدنا محمدٍ طِبِّ القلوبِ ودوائِها، وصِحَّةِ الأبْدانِ وعَافِيَتِها، ونورِ الأبصارِ وضِيائِها، وقُوْتِ الأَجْسَادِ والأَرْوَاحِ وَغِدَائِهَا، وعلى آله وصحبه وسلِّم

Suatu ketika dahulu ketika masih remaja saya menerima ijazah selawat ini dari versi pertama. Kemudian selepas seminggu menghafalnya saya disuruh membaca depan guru. Lalu saya membaca selawat versi kedua. Lalu ditegur oleh guru bahawa yang saya baca bukan apa yang dia ajar. Katanya itu, “Selawat itu hak orang lain, bukan yang Ayah Chik ajar. Ayah Chik nak awak amal selawat apa yang Ayah Chik ajar dulu.” Lalu beliau membaca sekali lagi depan saya selawat versi pertama tadi.

Hal yang sama juga diberitahu oleh Tuan Guru Haron Din bilamana beliau mengijazah kepada muridnya berkaitan Selawat Tibb ini. Juga guna versi pertama.

Versi lain:

اللهم صل على سيدنا محمدٍ طِبِّ القلوبِ ودوائِها، وعافية الأبْدانِ وشفائها، ونورِ الأبصارِ وضِيائِها، وحَبِيْبِ الأرْوَاحِ وَغِذائِهَا، وعلى آله وصحبه وسلِّم

Sumber:

1. K.H. Habib Syarief Muhammad Alaydarus. 135 Shalawat Nabi Keutamaan Tatacara & Khasiatnya. Bandung, Indonesia: Pustaka Hidayah, 2007.
2. Drs. Hanafi Mohamed. 99 Selawat Nabi s.a.w. Fadhilat & Khasiatnya. Kuala Lumpur, Malaysia: Darul Nu’man, 1994.
3. Dadang Sobar Ali & Drs. Maman Abd. Djaliel. 100 Shalawat Nabi Paling Berkhasiat. Bandung, Indonesia: CV Pustaka Setia, 2007.
4. Orang perseorangan.